Latihan Asas Pekerja Digital eRezeki, Pendaftaran Peserta Baru eRezeki,/Kelas Keusahawan
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2018, Seramai 4 orang peserta dari sekitar Korkong telah mengikuti program Kelas Usahawan/Latihan Asas Pekerja Digital eRezeki yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Krokong. Semasa program ini dijalankan, Peluang jana pendapatan online dari rumah sebagai pekerja (kakitangan) digital kerajaan. Jika sebelum ini tawaran kerja secara online ini hanya dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta namun kini kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) telah melancarkan tawaran kerja secara online kepada rakyat Malaysia atau dikenali sebagai eRezeki.
Satu peluang dan inisiatif yang bagus dari kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat buat mereka yang mahukan kerja tambahan dan kerja dari rumah. Ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan melalui pengambilan tenaga kerja baru.Ianya selari dengan kemajuan digital dan komunikasi di mana sesetengah pekerjaan itu tidak memerlukan kehadiran di depan mata tetapi dinilai dari hasil serta kualiti kerja.
Selain itu, program eRezeki ini lebih diyakini kesahihan kerja dan transaksi berikutan ianya dibawah kendalian kerajaan kerana sebelum ini terdapatnya rungutan mengenai program kerja melalui talian ini yang hanya mengambil kesempatan dan menipu.
Pihak kakitangan PI sendiri telah mengadakan sedikit perkongsian berkaitan dengan h taklimat ringkas berkaitan dengan e-Waste, Buli Siber, Kuiz kahoot (ICT), permainan action kamen & musical chair. sempat menyelitkan kuiz untuk dijawab boleh komuniti yang hadir bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: